Clair Obscur: Expedition 33 – Permainan Video Turn-Based dengan elemen aksi reaktif

Sukar untuk mencari permainan video RPG turn-based mempunyai fungsi interaktif baharu.

Permainan ini dicipta oleh studio yang bertapak di Perancis iaitu Sandfall Interactive.

Clair Obscur: Expedition 33 membawa inspirasi dari RPG klasik dengan keunikan keperluan input yang reaktif seperti permainan video aksi.

Terdapat enam karakter yang akan bersama-sama anda dalam pengembaraan ke dunia Expedition 33 ini.

Ketika berlawan anda juga boleh membidik bahagian badan musuh untuk mencari kelemahan mereka.

Selain itu, anda juga boleh mengelak dan menepis serangan musuh.

Beberapa serangan juga memerlukan ketepatan anda dalam menekan butang untuk berinteraksi dan melakukan kombo.

“Kami telah mengerah sepenuh tenaga untuk permainan ini menjadi impian. Kami juga ini membawa sesuatu yang baru dan lain daripada yang lain untuk orang ramai,” ujar Guillaume Broche pengasas Sandfall dan Pengarah Kreatif Expedition 33.

Lebih menarik juga permainan ini dibikin oleh orang yang menyukai Persona, Kingdom Hearts II, Golden Sun, Tales of Symphonia dan pelbagai lagi.

Clair Obscur: Expedition 33  dijangka akan dilancarkan untuk pelantar PC, Xbox Series X|S dan PS5 pada tahun hadapan.

RELATED NEWS

+