Cloud9 adalah antara organisasi pelopor e-sukan yang terawal di Amerika Utara.
Terkenal dengan pasukan Counter Strike, League of Legends dan Dota 2, Cloud9 kini memperkenalkan pasukan Mobile Legends: Bang Bang yang digelar Cloud9 NACT.
Pengumuman ini dibuat di Facebook Cloud9 Esports dan merupakan pasukan kedua MLBB dari Cloud9.
Sebelum ini adalah skuad Cloud9 yang bermain di MLBB Women’s Invitational (MWI).
Kesemua pemain-pemain ini adalah bekas pemain pasukan BTK.
Cloud9 telah memperoleh pasukan ini untuk menjadi pasukan MLBB mereka.
Barisan Pemain Cloud9 NACT:
EXP Lane: Mielow
Roamer: ColeWorld
MidLaner: MARQT
Gold Laner: Basic
Jungler: MobaZane
Jurulatih untuk pasukan ini pula ada Midnight dan Sir Rose.
Pengurus pasukan pula ialah G The Aiko.
Buat pengetahuan ramai, pasukan Cloud9 NACT juga layak untuk bermain di Esports World Cup nanti.