cNed diberi pilihan bermain di pasukan baru untuk musim 2022

Menjelang VALORANT Champions Tour 2022 yang akan bermula Januari ini, terdapat laporan menyatakan Acend, kini memberi peluang buat cNed memilih untuk bermain di mana-mana pasukan.

Buat masa ini, hanya cNed atau nama sebenar Mehmet Yağız İpek yang belum menandatangani lanjutan kontrak bersama Acend. 

CNed adalah antara pemain terbaik sepanjang Champions baru-baru ini dan dengan ini, beberapa pasukan kini berminat untuk mendapatkannya untuk dimasukkan di dalam barisan roster mereka. 

Antara pasukan yang berminat ialah 100 Thieves. 

CNed sebelum ini bersama-sama Acend menjulang piala VALORANT Champions 2021 selepas menewaskan Gambit Esports di pusingan akhir dengan keputusan 3-2.

Perlawanan kelayakan VCT musim 2022 bagi EMEA dan Amerika Utara akan bermula Januari ini. Mungkin, Acend akan bermain tanpa kehadiran cNed bagi musim hadapan, atau sebaliknya.

Sumber: Upcomer.

RELATED NEWS

+