Tom Henderson, baru-baru ini berkongsikan beberapa maklumat yang menyatakan Call of Duty Mobile Warzone kemungkinan dilancarkan sekitar tahun depan."> Tom Henderson, baru-baru ini berkongsikan beberapa maklumat yang menyatakan Call of Duty Mobile Warzone kemungkinan dilancarkan sekitar tahun depan." /> Tom Henderson, baru-baru ini berkongsikan beberapa maklumat yang menyatakan Call of Duty Mobile Warzone kemungkinan dilancarkan sekitar tahun depan." />

CoD Mobile Warzone akan tiba di 2022?

Seorang pengguna Twitter, Tom Henderson, baru-baru ini berkongsikan beberapa maklumat yang menyatakan Call of Duty Mobile Warzone kemungkinan dilancarkan sekitar tahun depan.

Tom Henderson yang bertindak sebagai ‘orang dalam’ bagi industri permainan menyatakan, CoD Mobile Warzone kini disenaraikan di dalam sebuah database di mana permainan daripada studio permainan mudah alih diujimain, PlaytestCloud.

Namun, pihak PlaytestCloud menyatakan permainan itu sudahpun dibuang daripada senarai database. Pihak PlaytestCloud menyatakan permainan itu masih belum dipastikan, dan masih kekurangan maklumat. 

Ogos lalu, terdapat khabar angin menyatakan Activision sedang membangunkan sebuah permainan mudah alih yang dikatakan siri Call of Duty, melalui sebuah studio iaitu Solid State. 

Namun buat masa ini, ianya masih lagi di peringkat khabar angin. 

Baru-baru ini Activision melancarkan Call of Duty Warzone untuk platform PC dan konsol, dengan kemaskini Pacific terbaru yang didatangkan dengan peta baharu iaitu Caldera.

Sumber: GameSpot.

RELATED NEWS

+