Codashop kini menawarkan tambah nilai untuk Genshin Impact

Codashop kini menawarkan tambah nilai untuk Genshin Impact. Jika anda membeli Genesis Crystals pada kali pertama melalui Codashop, anda akan menerima bonus dua kali ganda.

Proses tambah nilai melalui Codashop sangat mudah. Anda tidak perlu mendaftarkan akaun atau menggunakan kad kredit untuk membuat apa-apa pembelian. Bayaran boleh dilakukan dengan cara-cara seperti pemindahan dalam talian (FPX), Touch ‘N Go eWallet, nombor telefon, dan banyak lagi.

Untuk Genshin Impact, anda hanya perlu memasukkan UID anda dan memilih nilai Genesis Crystals yang ingin dibeli. Genesis Crystals akan dimasukkan ke akaun anda secara serta-merta. Bonus Genesis Crystals dua kali ganda hanya boleh diterima jika anda tidak pernah melakukan tambah nilai menggunakan platform lain sebelum ini.

Codashop kini telah menjadi rakan pihak ketiga eksklusif Genshin Impact.

Selain daripada menawarkan tambah nilai untuk Genshin Impact, Codashop juga akan menganjurkan beberapa kempen menarik untuk permainan tersebut pada bulan Mac tahun ini. Pastikan anda mengikuti laman rasmi Facebook dan Instagram Codashop Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini.

Jika anda tidak pernah menggunakan Codashop, jangan risau. Codashop merupakan salah satu laman web tambah nilai terbesar dan paling dipercayai di Asia dan banyak negara lain untuk pembelian tambah nilai permainan video dan hiburan dalam talian.

Codashop bekerjasama secara terus dengan penerbit permainan-permainan popular seperti Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), PUBG Mobile, Free Fire, dan banyak lagi.

Anda boleh mendapatkan tambah nilai Genshin Impact di laman web rasmi Codashop.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+