Coming Soon: EA Champions Cup Spring 2018 Di Bangkok, Thailand

EA Champions Cup Spring 2018 akan menjadi kejohanan penentuan untuk juara FIFA Online 3 kerana ia yang terakhir diadakan untuk game itu. Wakil Malaysia, Fire Dragoon yang terdiri daripada NiamaGa1, RippedJean dan KaiZokuuu sudah bersedia untuk bertarung merebut wang tunai terkumpul USD239,000 (RM922,300).

EA Champions Cup Spring 2018 akan mengumpulkan 12 pasukan berentap dari 7 negara dari rantau Asia Tenggara iaitu Vietnam, Indonesia, Singapura, Malaysia, China, Korea dan Thailand sebagai tuan rumah. Yang menariknya kali ini, pemain 6 teratas akan layak untuk bertanding di EA SPORTS FIFA Global Series Playoffs pada Jun 2018, sebahagian dari Road to the FIFA eWorld Cup Final pada Ogos 2018.

Saksikan livestream perlawanan di Facebook TV9 Di Hatiku di SINI dan Twitch EA.

 

RELATED NEWS

+