Coming Soon: Kejohanan PUBG Peringkat Asia Tenggara Anjuran MET & ASUS ROG

Bermula Mei, korang boleh dah siap sedia untuk sekali lagi join pertandingan PUBG tapi kali ini di peringkat Asia Tenggara pula. Kejohanan ini dianjurkan oleh Asus Republic of Gamers (ROG) dengan kolaborasi Mineski Events Team (MET).

Dalam satu siaran akhbar, dinyatakan pusingan kelayakan akan diadakan di 6 negara dan di Malaysia, ia akan dimulakan pada 5 hingga 27 Mei. Tapi dalam tempoh tu, belum pasti kalau ia akan dilakukan secara dalam talian dan pusingan kelayakan akhir saja dibuat offline. Mereka masih belum mengumumkan maklumat itu kepada umum.

Di pusingan akhir nanti, ia akan diadakan di Thailand pada 23 dan 24 Jun. Pastinya kejohanan ini akan menggembirakan lagi peminat PUBG yang dah lama dahagakan kejohanan kompetitif peringkat Asia Tenggara.

Bagi wakil Malaysia dan juga pemain yang menang kejohanan Asia Tenggara ini, mereka akan cuba nasib sekali lagi di kejohanan PUBG Global Invitational 2018 di Berlin, Jerman pada Julai dalam merebut hadiah wang tunai terkumpul AS$2 juta.

 

RELATED NEWS

+