Concord yang dilancarkan pada 23 Ogos lepas menerima kritikan hebat kerana jumlah pemain yang sangat sedikit di Steam.
PlayStation kini mengumumkan mereka akan menutup permainan video ini yang hanya wujud tidak sampai dua minggu dari pelancaran.
Pengumuman di blog PlayStation mengatakan Concord akan ditutup pada 6 September ini dan diumumkan oleh Ryan Ellis dari Firewalk Studios.
Ellis mengatakan pasukannya akan cuba mencari jalan lain untuk memastikan pemain lebih menerima Concord.
Kesemua pemain yang membeli Concord di PS5 dan PC akan mendapat bayaran kembali (refund).
Untuk permainan video AAA boleh dikatakan kejadian ini berjaya memecah rekod penutupan yang paling cepat.
Concord dikatakan sudah berada dalam pembikinan untuk lapan tahun dan diwar-warkan menelan lebih AS$100 juta (RM 435 juta) bajet untuk dibangunkan.
Antara sebab utama permainan ini gagal adalah harganya yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan Overwatch, Paladins, Valorant dan lain-lain yang percuma sahaja.