Concord hanya terjual sebanyak 25 ribu unit sahaja – Kenapa gagal?

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Minggu lepas muncul banyak perbincangan mengenai multiplayer shooter baru dari Sony ini.

Bukan kerana permainan ini ramai pemain tetapi dibincang kerana terlalu sedikit pemain.

Sony bukanlah syarikat yang mengeluarkan permainan video yang tidak berjaya tetapi Concord hanya mempunyai 697 pemain sahaja di Steam pada minggu lepas dan tidak nampak seperti akan naik lagi.

Menurut Liam Deane, Penganalisis Principal dari Omdia dia mengatakan penjualan di Steam sangat teruk dan walaupun tanpa data PS5 kita dapat mengjangkakan penjualan sangat sedikit.

Seorang penganalisis dari Per Circana iaitu Mat Piscatella mengatakan Concord kini berada di tangga 147 di carta PS5.

Penganalisis Simon Carless dari GameDiscover menganggarkan permainan itu di Steam hanya terjual sebanyak 10,000 dan 15,000 di PlayStation.

Concord sebenarnya adalah permainan video yang menyeronokkan tetapi ia tidak berjaya menembusi pasaran

Hal ini ditambah lagi dengan rekaan karakter dalam Concord yang tidak menarik perhatian orang ramai.

Tambahan lagi ramai pemain juga tidak menyedari akan kewujudan Concord kerana kekurangan taktik pemasaran.

Rujukan:IGN

RELATED NEWS

+