Condor, spin-off kepada Control dan Control 2 diumumkan

Studio Remedy Entertainment mengesahkan Control akan mempunyai spin-off multiplayer dan juga pembikinan Control 2.

Remedy baru-baru ini mengumumkan Control untuk versi PlayStation 5 pada Februari lepas.

Studio tersebut juga mengumumkan mereka tengah mengusahakan lima projek baru. Salah satunya telah diumumkan di dalam siaran media di laman sesawang rasmi mereka.

Condor akan menjadi permainan menembak dengan c0-op sehingga empat pemain. Permainan akan fokus hanya kepada permainan PVE (Player vs. Environment) sahaja.

Sebagai tambahan, Remedy dan 505 Games akan mengembangkan lagi francais Control untuk masa hadapan dengan harapan untuk mendapat lebih banyak bajet dari permainan terdahulu.

RELATED NEWS

+