Shadow of the Tomb Raider baru saja dilancarkan dan nampaknya dah ada yang cuba untuk memperagakan kostum Lara Croft. Malah lebih tepat lagi, kelihatan betul-betul macam Lara.
Cosplayer yang juga dikenali sebagai ‘CutiePieSensei’ itu kelihatan sangat cantik dan bersesuaian dengan watak Lara dipilihnya. Malah, gadis ini pernah cosplay watak lain dari komik, anime dan juga rancangan televisyen dari 90-an.
Saksikan gambar-gambar di bawah!
Shadow of the Tomb Raider pula dikatakan satu kembara Lara yang lebih dark berbanding entri lain. Peminat siri Tomb Raider dan Uncharted pastinya akan teruja dengan cabaran baru yang ditemui dalam permainan video ini.