Crash Team Racing: Nitro Fueled Diumumkan! – Jom Usha Trailer

Nampaknya bukan Crash Bandicoot aje yang dapat remaster! kali ini giliran Crash Team Racing pula buat comeback!

Kalau korang perhatikan dekat bawah, adalah Crash Team Racing reboot dalam versi HD dan akan hadir ke PlayStation 4, Xbox One dan Nintendo Switch bermula 21 Jun. Ia dibangunkan oleh Beenox.

Seperti asal, CTR HD akan menyokong sehingga empat orang pemain dan korang boleh main dalam split-screen! bersama pemain lain juga secara online. Permainan ini juga ada beberapa mod dan visual sangat cantik dari klasik PlayStation kepada HD.

Memandangkan ia adalah remaster untuk permainan asal, kita akan nampak beberapa trek kereta yang ada dalam versi sebelum ini dan animasi baru seperti N. Sane Trilogy. Yang paling menarik, permainan ini pastinya akan menerima DLC dari masa ke semasa.

Baca lanjut:

RELATED NEWS

+