Crimesight permainan simulasi misteri PVP dari Konami – Among Us versi Anime

Konami mengumumkan permainan seakan-akan werewolf atau Among Us.

Crimesight bermula di bandar London yang futuristik. Permainan ini akan hadir untuk PC. Anda boleh melihat video pengumuman Crimesight dibawah:

Crimesight berlaku pada tahun 2075 di London. Pada zaman ini AI mampu untuk mengetahui semua jenayah yang masih belum berlaku atau yang akan berlaku sekaligus menghalang apa-apa kejadian jenayah.

Menceritakan tentang AI  unik digelar “Sherlock” untuk membantu menyelamatkan dunia dari jenayah. Namun AI “Moriarty” mahu mengubah semua itu.

Permainan ini membahagikan pemain dalam kumpulan tanpa mengetahui identiti mereka. Pemain Moriarty perlu melakukan pembunuhan tanpa ditangkap oleh pemain Sherlock.

Masih belum ada apa-apa pengumuman lagi dari Konami mengenai tarikh keluar Crimesight, tetapi pendaftaran beta tertutup akan bermula 25 Jun sehingga 11 Julai ini melalui Steam. 

Crimesight mungkin menjadi fenomena baru dengan mengikut populariti permainan yang membuat anda berfikir seperti Among Us, SpyParty dan macam-macam lagi.

RELATED NEWS

+