Crunchyroll bakal mengadakan kejutan di AFA Singapore 2024

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Crunchyroll, jenama global untuk anime akan kembali ke Anime Festival Asia (AFA) Singapore 2024 yang akan diadakan dari 29 November hingga 1 Disember di Pusat Pameran dan Konvensyen Suntec Singapura.

Selepas kejayaan mereka di AFA 2023, Crunchyroll kali ini membawa lebih banyak pengalaman imersif, memberi peluang kepada peminat untuk menyelami dunia anime kegemaran mereka dan bertemu dengan suara-suara di sebalik watak-watak terkenal.

Solo Leveling Experience Dome – Masuki Dunia Dungeon


Bagi peminat Solo Leveling, Crunchyroll akan menawarkan pengalaman luar biasa di dalam Solo Leveling Experience Dome. Pengunjung boleh merasai dunia Solo Leveling, salah satu anime paling popular tahun ini, dengan melalui Solo Leveling Corridor yang gelap dan mendebarkan, diinspirasikan daripada dunia pemburu protagonis Sung Jinwoo.

Di dalam dome ini, peminat akan dibawa ke dalam pengalaman audiovisual yang penuh dengan cabaran, menyerupai pertempuran hidup-mati Sung Jinwoo.

Setiap peserta juga akan menerima keychain akrilik eksklusif Solo Leveling sebagai saguhati yang hanya boleh didapati di Asia Tenggara.

One Piece Wanted! Photo Op – Bergabung dengan Straw Hat Crew


Bagi peminat One Piece, One Piece Wanted! Photo Op memberi peluang untuk bergambar bersama barang-barang bertema “Wanted” dan merasai sendiri pengalaman menjadi ahli Straw Hat Pirates.

Pengunjung yang berkongsi gambar mereka di media sosial dan tag Crunchyroll akan menerima set pelekat khas One Piece serta kad kolektor.

Bertemu Dengan Pelakon Suara Di Sebalik Tower of God


Crunchyroll akan menganjurkan satu panel eksklusif dengan pelakon suara terkenal dari Tower of God, Taichi Ichikawa (suara Jyu Viole Grace / Twenty-Fifth Bam) dan Saori Hayami (suara Rachel) pada hari Sabtu, 30 November, jam 1:15 PM di AFA Singapore Day Stage.

Peminat boleh mendengar kisah di sebalik tabir, anekdot peribadi, dan pemahaman tentang proses suara mereka.

Selain itu, Taichi Ichikawa akan turut serta dalam sesi ramah mesra khas pada jam 3 petang, memberikan peluang kepada peminat untuk berhubung secara langsung dengan salah seorang pelakon suara terkemuka dalam anime.

Barangan Eksklusif dan Kemeriahan di Gerai Crunchyroll


Gerai Crunchyroll di AFA Singapore 2024 akan menjadi ‘syurga’ pengumpul, dengan barangan eksklusif dari Solo Leveling, One Piece, Dragon Ball DAIMA, dan banyak lagi siri anime popular. Peminat boleh mendapatkan kad seni terhad, pelekat, dan koleksi unik untuk dibawa pulang sebagai kenangan.

Maklumat Acara:
– Acara: Anime Festival Asia Singapore 2024
– Lokasi:Pusat Pameran dan Konvensyen Suntec, Singapura
– Tarikh: 29 November – 1 Disember 
– Nombor Gerai: H01


Follow kami di WhatsAppInstagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

RELATED NEWS

+