CS:GO: Anak Malaysia, Andrew Khong Berjaya Layak Ke IEM Katowice 2019 Major

Tahniah! Kibarlah Jalur Gemilang itu Andrew! 

Pemain profesional Counter Strike: Global Offensive (CS:GO) tempatan, Andrew Khong atau lebih dikenali sebagai Kaze layak ke The New Challengers Stage bagi IEM Katowice 2019 Major selepas menewaskan skuad Denmark, North dengan markah akhir 2-0. Kaze di bawah pasukan ViCi merapatkan mata dengan skor 16-12 dan 22-20.

ViCi diwakili oleh Andrew ‘Kaze‘ Khong, WingHei ‘Freeman‘ Cheung, WeiJie ‘zhokiNg‘ Zhong, ZhiHong ‘aumaN‘ Liu dan Zhuo ‘advent‘ Liang. Kaze adalah satu-satunya wakil dari Malaysia dan yang lainnya dari Hong Kong serta China.

Korang boleh saksikan detail penuh untuk kemenangan ViCi di laman web HLTV.

Andrew juga menyuarakan rasa puas hati dan bersyukur di posting Facebook milik beliau.

Dengan kemenangan ini, ViCi akan bertarung di peringkat The New Challengers Stage yang mana mereka akan bertemu dengan 15 lagi pasukan lain dari pelbagai rantau luar Asia. Hanya 8 terbaik saja yang akan mara pula ke The New Legends Stage. Mereka akan bertarung pada 13 hingga 17 Februari ini di Katowice, Poland.

RELATED NEWS

+