CSGO belum ‘mati’, ini buktinya

Semenjak kewujudan VALORANT ke arena permainan e-sukan taktikal, Counter Strike: Global Offensive (CSGO) dikatakan permainan yang sudah ‘mati’ dan kurang pemain aktif.

Hal ini juga dapat dilihat apabila ramai permainan profesional CSGO berpindah kerjaya ke VALORANT. Namun, CSGO tidaklah mati seperti yang dijangkakan dan masih hidup dalam dunia e-sukan.

Baru-baru ini, kejohanan PGL Major Stockholm 2021 melabuhkan tirainya, dan dijuarai oleh NaVi yang membawa pulang wang hadiah sebanyak AS$1 juta (RM 4.16 juta), diikuti oleh G2 Esports di kedudukan kedua dan Gambit Esports di kedudukan ketiga. 

PGL Major Stockholm 2021 secara rasminya ialah kejohanan CSGO yang tertinggi ditonton mencatatkan kemuncak pemecahan rekod sebanyak 1,371,918 penonton serentak pada 5 November.

Peningkatan penonton diperhatikan semasa perlawanan suku akhir antara NaVi dan Team Vitality, kerana dua pemain CSGO terbaik di dunia, Oleksandr ‘s1mple’ Kostyliev dan Mathieu ‘ZywOo’ Herbaut, berhadapan antara satu sama lain.

Kejohanan yang disiarkan dalam pelbagai bahasa itu menyaksikan stream Rusia mencapai kemuncak 532,000 penonton serentak manakala stream Inggeris mencatatkan maksimum 511,000 penonton serentak.

Dengan ini, PGL Major Stockholm 2021 mengatasi rekod empat tahun yang dibuat oleh ELEAGUE Major Atlanta 2017 di mana puncak 1,331,781 penonton serentak didaftarkan semasa pusingan akhir antara Virtus.pro dan Astralis.

Lima kejohanan CS:GO teratas mengikut jumlah penonton tertinggi ialah:

  • PGL Major Stockholm 2021 – 1.37 Juta
  • ELEAGUE Major Atlanta 2017 – 1.33 Juta
  • ELEAGUE Major Boston 2018 – 1.32 Juta
  • IEM Katowice 2019 – 1.2 Juta
  • FACEIT Major London 2018 – 1.08 Juta

Sebagai perbandingan, kejohanan Dota 2 terbesar tahun ini, The International 10, berjaya meraih 2.7 juta penonton kemuncak. Manakala, kejohanan VALORANT Challengers Tour Masters Berlin berjaya meraih 811,000 penonton kemuncak.

RELATED NEWS

+