CS:GO Catat Hampir 1 Juta Pemain Serentak, Pecah Rekod Seumur Hidup

Wabak coronavirus menyebabkan banyak kejohanan e-sukan ditangguhkan dan pada waktu yang sama, ia memberi alasan untuk ramai pemain game mengunci diri di rumah.

Pada 9 Februari 2020, jumlah pemain serentak (concurrent players) dalam Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO) mencapai 901,651 pemain.

Ini merupakan jumlah pemain serentak tertinggi dalam sejarah CS:GO. Rekod baru ini dicapai hanya dua hari selepas rekod sebelumnya.

Pada waktu yang sama, platform permainan PC Steam juga mencatatkan jumlah pengguna serentak tertinggi dalam sejarahnya iaitu 19,107,803 pengguna.

Penulis yakin bahawa penularan novel coronavirus di China menyebabkan berlakunya peningkatan yang mendadak ini.

Bahasa Cina merupakan bahasa kedua paling popular di Steam dan dianggarkan terdapat 30 juta pengguna Steam yang menetap di China.

Sumber: PC Gamer

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

RELATED NEWS

+