CSGO mungkin akan menggunakan enjin Source 2 tidak lama lagi

Permainan e-sukan popular seperti Dota 2 mampu dijalankan di PC yang hebat mahupun sederhana. Ini kerana enjin Valve, iaitu Source 2, yang dioptimumkan untuk pelbagai komputer. Sewaktu Dota 2 dipindahkan ke Source 2, permainan berjalan dgn lancar dan tiada masalah, jadi ia tidak menjadi masalah untuk Counter Strike Global Offensive (CSGO) berpindah ke Source 2.

Baru-baru ini, pengguna Twitter ‘Gabe Follower’ sekali lagi membuat tirisan baharu yang mencadangkan peningkatan Source 2 semakin hampir. Dalam sebuah kicauan, beliau menerangkan bahawa sebutan ‘csgo’ ditambahkan pada Source 2 Workshop Manager, yang berkemungkinan bermakna pemindahan itu sedang berfungsi dengan baik.

Bagi yang tidak mengetahui, Workshop Manager ialah alat untuk menerbitkan mod kepada bengkel, yang sebelum ini hanya tersedia untuk Dota 2, Steam Tours dan Half-Life: Alyx.

Pemindahan ke Source 2 ini mampu menjadikan CSGO sebuah permainan yang lebih cantik dari segi visual. Ini dapat dibuktikan dalam sebuah lagi kicauan Gabe Follower.

Setakat ini, Valve belum mengumumkan tarikh pelancaran pemindahan ini.

Sumber rujukan: Twitter

RELATED NEWS

+