CS:GO: NAGA Kini Kembali Selepas Dua Tahun ‘Menyepi’

Selepas dua tahun mendiamkan diri, nampaknya pasukan terkenal CS:GO, NAGA kini kembali!

Dari kiri: Hilman ‘scoleyx’ Shaiful , Tuan Atiff ‘fLameshot’ Abdullah, Harith “JACC” Asmady, Daryl “Dzzzz” Keith, Bahari Haris ‘hAwky!’ Mazlan.

Kali ini, NAGA bernaung di bawah komuniti Malaysian Battlefield Team (MBT) yang sudah bertapak sejak 2006. Kalau korang belum tahu, NAGA adalah salah sebuah pasukan lagenda dalam arena Sudden Attack di Asia Tenggara sejak 2008 dan aktif dalam CS:GO dari tahun 2015-2016, memenangi beberapa pertandingan.

Bagi MBT, semestinya ini satu lembaran buat mereka selepas menubuhkan pasukan PUBG dan kini kembali untuk menerjah arena CS:GO secara kompetitif pula. Pastinya pengumuman ini akan menggegarkan arena CS:GO tempatan yang sekarang nampaknya didominasi pasukan seperti FrostFire.

Tuan ‘fLameShot’ Attif.

“Pada satu hari tu, kami lepak bersama dan ‘buka’ topik pasal bermain secara profesional bersama-sama sekali lagi. Lepas semua bersetuju, kami pun tubuhkan pasukan ini.

“Kenapa CS:GO? kami percaya sebab kami punya pengalaman yang lama dalam permainan ini dan ada antara ahli kami yang bermain di peringkat profesional (sertai kejohanan) jadi kami rasa inilah peluang baik untuk kembali,” – Kapten NAGA, Tuan ‘fLameShot’ Attif.

Secara positifnya, ia akan membuatkan arena CS:GO tempatan lebih menarik dari segi persaingan di samping menyediakan suasana pertandingan yang sangat kompetitif dan seronok untuk disaksikan.

Ini adalah pencapaian terbaik NAGA sebelum ini untuk CS:GO:

  • Orange MY CS:GO Audition Cup 2016 – 2nd
  • Selangor Cyber Games 2016 – 3rd Runner Up
  • AGES 2016 Malaysia Open – 2nd
  • Selangor Cyber Games 2015 – 2nd
  • Malaysia Cyber Games 2015 – 2nd
  • BenQ GrandFinals CS:GO Malaysia Cup 2015 – 3rd

Diharapkan NAGA dapat berikan persembahan menarik dalam kejohanan tempatan dan menyaingi pesaing sedia ada. Syabas untuk mereka!

Sumber gambar daripada komuniti MBT.

RELATED NEWS

+