CS:GO: Pemain Team Liquid Kini Menjadi 25 Terbaik Dunia Dari Segi Pendapatan E-Sukan

Team Liquid berjaya menewaskan Vitality di ESL One Cologne 2019 dan memenangi Intel Grand Slam Musim Kedua. Kemenangan dari dua kejohanan ini terus melonjakkan lagi nama pemain mereka menjadi top 25 atlet e-sukan dengan pendapatan tertinggi dalam sejarah permainan Counter Strike: Global Offensive menurut data dari esportsearnings.com

Intel Grand Slam menawarkan hadiah wang tunai USD1 juta untuk juara. Astralis adalah juara musim pertama, memenangi empat acara antara April hingga Disember 2018 dan Team Liquid pula memenangi empat acara berturut-turut dalam rekod 63 hari. Kemenangan di Intel Extreme Masters XIV Sydney, DreamHack Masters Dallas, ESL Pro League Season 9 dan ESL One Cologne berjaya meletakkan mereka di kedudukan terbaik ini.

Kesemua lima pemain Team Liquid berada dalam carta, Jakey “Stewie2k” Yip dan Keith “NAF” Markovic mengambil kedudukan ke-10 dan ke-11 dengan USD900 ribu dan USD800 ribu. Stewie2k adalah satu-satunya pemain Amerika dalam top 10 ini.

Nick “Nitro” Canella pula di tempat ke-13 dengan pendapatan sebanyak USD775 ribu. Di belakang Nitro adalah Jonathan “ELiGE” Jablonowski di kedudukan ke-15 dengan pendapatan USD766 ribu. Russel “Twistzz” Van Dulken pula satu-satunya ahli bukan di kedudukan 20 teratas dan sebaliknya di tempat ke-22 dengan USD670 ribu.

Astralis mungkin bukan lagi pasukan CS:GO terbaik dunia tapi pemain mereka contohnya Andreas “Xyp9x” Højsleth masih cemerlang dengan pendapatan sebanyak lebih USD1.5 juta.

Oleh kerana Team Liquid memenangi final dan pencapaian yang Astralis tak berjaya (Grand Slam) dalam rekod ditetapkan, mereka tak diragui lagi pasukan CS:GO terbaik dunia.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Sumber: win.gg

RELATED NEWS

+