CSGO: Team Liquid Kini Ranking Nombor Satu Dunia, Mengalahkan Astralis, Vitality

Pasukan profesional Counter Strike: Global Offensive (CS:GO) dari Amerika Syarikat, Team Liquid kini menggalas kedudukan nombor satu dunia dengan 1,000 mata dan 6 kemenangan acara LAN berturut-turut sejak Mei 2018.

Mengikut rekod di HLTV.org setakat 22 Julai 2019, Team Liquid diwakili nitr0, NAF, EliGE, Stewie2K dan Twistzz memenangi:

  • DreamHack Masters Dallas 2019
  • Jemputan GG.BET Cologne – Kelayakan ESL One Cologne 2019
  • Finals Liga Profesional ESL Musim Kesembilan
  • ESL One Cologne 2019
  • Siri Profesional BLAST Los Angeles 2019
  • IEM Chicago 2019

Selain itu, mereka kini mencatatkan peak record selama lapan minggu di carta.

Walaupun mana-mana ahlinya belum pernah memenangi Major (kecuali Stewie2K), tapi prestasi mereka sebagai satu pasukan patut digeruni kerana tahun 2019 adalah tahun mereka menyinar sebagai skuad CS:GO terbaik dunia dengan rekod membanggakan ini.

Sumber: HLTV

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+