CS:GO: Team Liquid Terus Cemerlang, Bakal Bertemu ENCE Di Grand Final IEM Chicago

Pasukan CS:GO terbaik dunia, Team Liquid baru saja menempah slot mereka ke IEM Chicago Final selepas menewaskan Vitality dalam dua peta, Dust2 dan Overpass sebentar tadi.

Menurut laporan daripada HLTV, Liquid berjaya menembusi pertahanan pasukan Perancis ini dengan meraih skor 16-11 di Dust 2 danĀ merapatkan kedudukan mata di Overpass yang menyaksikan Vitality mendahului 6-2.

Di peta kedua itu juga, Vitality kurang menyinar apabila sering digasak dan menyebabkan ekonomi mereka kurang stabil lantas memberikan kemenangan kepada Team Liquid 16-9.

Hanya 16 jam dari artikel ini ditulis, Liquid akan bertemu skuad ENCE dari Finland di Grand Final IEM Chicago.

Kejohanan ini bermula sejak 18 Julai mempertandingkan USD250,000 (RM1.02 juta) yang direbut oleh lapan skuad CS:GO di serata dunia antaranya G2, Vitality, Renegades dan lain-lain.

Untuk berita lanjut mengenaiĀ gamingĀ dan e-sukan, ikuti kami diĀ FacebookĀ danĀ Instagram.
Saksikan kami diĀ YouTube.

Sumber rujukan: HLTV

Gambar featured image: Team Liquid

RELATED NEWS

+