ditangguhkan sekali lagi. Walaubagaimanpun, masih terdapat satu berita baik."> ditangguhkan sekali lagi. Walaubagaimanpun, masih terdapat satu berita baik." /> ditangguhkan sekali lagi. Walaubagaimanpun, masih terdapat satu berita baik." />

Cyberpunk 2077 di konsol akan dinaiktaraf ke versi PS5 dan Xbox Series X secara percuma

Baru-baru ini CD Projekt Red mengumumkan bahawa pelancaran permainan video mereka yang seterusnya Cyberpunk 2077 terpaksa ditangguhkan sekali lagi. Walaubagaimanpun, masih terdapat satu berita baik.

Dalam sebuah panggilan persidangan yang diadakan semalam, studio tersebut menyatakan bahawa pemilik judul tersebut di PlayStation 4 (PS4) dan Xbox One akan diberikan versi naiktaraf di PlayStation 5 (PS5) dan Xbox Series X secara percuma.

Ini bermaksud jika anda merancang untuk membeli Cyberpunk 2077 untuk PS4 atau Xbox One, anda tidak perlu membelinya sekali lagi untuk PS5 atau Xbox Series X.

Sebelum ini, sistem Smart Delivery untuk konsol Microsoft telah mengesahkan bahawa perkara ini boleh dilakukan untuk Cyberpunk 2077. Kini para peminat PlayStation pula boleh menghembuskan nafas lega.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+