Cyberpunk 2077 Takkan Menyertakan Loading Screen

Korang takkan tunggu lama untuk bergerak dari lokasi ke lokasi (bermakna tiada loading screens) di dalam dunia Cyberpunk 2077!

Pada kali pertama dilancarkan, Cyberpunk 2077 akan load kesemua kandungan dalam dunia, tapi itu saja waktu yang korang akan melalui loading screen dalam permainan.

Maklumat ini disahkan sebagai saja Pengarah Rekaan Kyle Rowley berbual bersama peminat dalam server Discord yang rasmi.

Walaupun ketiadaan loading screen ini dianggap biasa untuk permainan dunia terbuka masa kini (maaf Final Fantasy XV), banyak bangunan dalam Cyberpunk 2077 yang boleh dimasuki. 

Permainan ini juga lebih detail dan mungkin hasil kerja terbaik daripada CD Projekt RED selepas The Witcher 3. Dalam perkembangan lain, Cyberpunk 2077 akan dimainkan dalam mod first-person saja dan akan memperkenalkan kelengkapan pelbagai warna mengikut rarity (seperti kebanyakan game MMORPG).

Sumber: VG247

RELATED NEWS

+