“D Ace akan lebih fokus ke arah menjadi jurulatih musim ini,” – Suhaz Esports

Pemain Mobile Legends Suhaz Esports, Muhammad Raziq Muhammad Bukhari atau Mali baru saja dimasukkan sebagai pemain Flex di mid. Namun, ada yang tertanya-tanya jika pemain sedia ada, Muhammad Hazim Zulkifli (D Ace) akan diganti dan sebagainya.

Pengurus Suhaz Esports, Muhamad Fadhil Hishamuddin berkata, D Ace tetap akan berada di lineup utama namun pada masa yang sama bakatnya akan diketengahkan sebagai jurulatih.

“Dia bukanlah jurulatih yang rasmi, cuma kami bersetuju yang D Ace akan lebih banyak fokus kepada posisi jurulatih musim ini.

“Tapi dia tetap pemain utama Suhaz Esports,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Sebelum ini, Suhaz Esports mempunyai lima pemain utama iaitu:

  • Muhammad Hazim Zulkifli (D Ace)
  • Muhammad Azri Jamaludin (Aj)
  • Muhammad Redzuwan Rosli (Hyhy)
  • Hadiazwan Rosli (Box)
  • Danial Arif Mohd Judin (Eavy)

Suhaz bagaimanapun terkandas di semi final playoffs Liga Profesional MLBB (MPL) MY musim ketujuh sekali gus terpaksa melupakan hasrat mereka bertanding di Piala Asia Tenggara (MSC) 2021.

Bagaimanapun kali ini, pengambilan Mali pastinya menunjukkan komitmen Suhaz untuk menjuarai musim kelapan sekali gus menempah slot ke kejohanan dunia, M3 kelak.

RELATED NEWS

+