D Ace bukan tunjuk jari tengah lah..

Pemain Mobile Legends Team Caracal, Muhammad Hazim “D Ace” Zulkifli menafikan menunjuk jari tengah selepas menang perlawanan ke atas Team SMG pada Ahad lalu.

“Yang sebenarnya saya tunjuk 2-0 cuma sudut kamera yang nampak macam saya tunjuk jari tengah. Lagipun saya dah lama dalam kompetitif MLBB dan saya takkan buat perkara macam itu,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Sebelum ini, viral di komuniti MLBB Filipina apabila ada posting mengatakan D Ace menunjukkan jari tengah.

Selain mempunyai personaliti yang bersahaja, D Ace juga terkenal dengan sebutan Nice! apabila memenangi teamfight seperti yang didapati di Mic Check.

“Saya suka sebut ‘Nice!’ sebab nak bagi semangat dekat pasukan dan memang dari awal saya masuk MPL, Nice tu memang trademark saya,” katanya.

Dia berkata, pengalaman dekat MPL lebih mudah nak cari keserasian bersama Maima dan Wynn yang baru menyertai pasukan.

“Masing-masing suka bergurau untuk bina keserasian walaupun dalam masa singkat,” katanya lagi.

D Ace juga sangat teruja dan yakin dengan barisan pemain ini kerana semua berusaha untuk layak ke playoffs kelak.

Setakat minggu keenam, Team Caracal berada di tempat keempat kumpulan B buat pertama kalinya selepas dua kali menang, 2-1 ke atas Suhaz Esports dan 2-0 ke atas Team SMG pada minggu lalu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

 

Hanya berbaki dua minggu lagi sebelum musim liga ini tamat.

RELATED NEWS

+