D Ace masuk MAB Esports?

Muhammad Hazim Zulkifli atau lebih dikenali sebagai D Ace adalah salah seorang pemain profesional Mobile Legends. Sebelum ini, dia pernah menyertai pasukan Suhaz Esports sebelum pasukan itu melepaskan kesemua pemain mereka baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, kini D Ace memuat naik satu Instagram Story di akaun rasmi Instagramnya dengan kapsyen yang tertulis @mab_esports. Seperti anda semua maklum, MAB Esports mengacah dua orang pemain baru mereka sebelum ini.

Memandangkan D Ace sekarang adalah free agent, maka kemungkinan untuk dia menjadi salah seorang pemain MAB Esports itu adalah tinggi. 

Adakah D Ace adalah salah satu pemain MAB Esports yang baru? Siapakah seorang lagi pemain yang menjadi teka teki yang perlu dikupas oleh netizen nanti? Kita bakal saksikan.

 

 

 

RELATED NEWS

+