D4v41 sudah berangkat ke Berlin, Jerman

Khalish “d4v41” Rusyaidee adalah salah seorang pemain profesional VALORANT untuk pasukan Paper Rex. Perjalanan untuk ke Berlin ini tidak mudah, mereka bertarung sehabis-habisan untuk ke peringkat akhir Asia Tenggara dengan skor 0-3, tewas di tangan pasukan Bren Esports.

Selain itu, Paper Rex juga cemerlang sewaktu peringkat kumpulan dengan kedudukan nombor 1, menewaskan pasukan Onic Esports dan Five Ace Esports. Seterusnya, mereka berjaya mendapatkan naib juara dan meloloskan diri ke kejohanan Valorant Stage 3 Masters di Berlin.  

Acara di Berlin bermula pada 10 September ini dan pasukan Paper Rex akan bermain untuk perlawanan pembukaan menentang pasukan Vision Strikers dari Korea. Paper Rex sudah mengumumkan Khalish sudah berangkat ke Berlin dan dijangka tiba pada hari ini

Ia dimuat naik di dalam sebuah hantaran Twitter rasmi mereka, dengan memegang Jalur Gemilang. Khalish berasa sangat bangga dapat mewakilkan negara sendiri ke arena e-sukan antarabangsa.

Semoga Khalish dan Paper Rex memberikan usaha mereka yang terbaik dan menjadi juara kejohanan Valorant Stage 3 Masters di Berlin nanti! Malaysia Boleh!

RELATED NEWS

+