“Dah dua tahun tunggu nak jadi juara,” – Erin (KARRA)

Baru sahaja minggu lepas Squad Up Athena Mobile Legends: Bang Bang sudah berlangsung untuk peringkat negara dan peringkat antarabangsa bakal berlangsung esok.

Bagi kapten pasukan Karra, Erin, dia ingin berkongsi tentang kejayaan pasukannya yang berjaya bergelar juara bagi kejohanan wanita ini.

1. Apa perasaan anda dan pasukan kini berjaya mewakili Malaysia untuk peringkat antarabangsa Squad Up Athena MLBB?

“Bila fikirkan balik pertandingan ini adalah sesuatu yang besar dan selama dua tahun kami sudah bercita-cita untuk menjadi juara.

“Banyak kekangan yang kami hadapi dan ada yang tidak kesampaian tetapi dengan masa dan orang yang betul ditambah lagi dengan platform yang betul, Alhamdulillah kami dapat menjadi juara untuk hari itu.

“Lebih-lebih lagi kami juga akan membawa nama Malaysia. Boleh dikatakan pencapaian ini adalah sangat tinggi dan kami akan buat yang terbaik,”

2. Apa persiapan pasukan Karra untuk perlawanan nanti?

“Disebabkan semua dah sedia tahu mengenai pertandingan dari November, jadi kami terus berlatih.

“Namun, disebabkan ramai pemain kami adalah streamer, kami banyak berlatih pada setiap minggu termasuklah dengan scrim.

“Untuk scrim kami pernah berlawan dengan pasukan lelaki dan di Facebook juga ada banyak group mencari skuad untuk Karra berlawan.

“Dari segi meta pula, kami akan cuba bermain benda baru dan sentiasa mengambil tahu meta baru untuk bermain dengan cara terbaik.

“Kami juga ada membuat analisis sendiri dan banyak mengambil pelajaran dari M3 dan MPL,”

3. Pasukan yang paling susah untuk dilawan?

“Bren Esports Victress dengan Team Volt dari Indonesia,”

4. Berbanding Indonesia dan Filipina yang mempunyai banyak pasukan MLBB, apa pandangan terhadap arena MLBB di MY untuk wanita?

“Perkara ini sudah lama cuba diketengahkan oleh ramai orang seperti Mariah Ahmad, ChuChuGaming dan ramai lagi.

“Tetapi bagi Erin, sebenarnya susah untuk perkara ini membuahkan hasil. Bajet pertandingan di Malaysia juga tidak setinggi negara jiran Indonesia.

“Adap penganjur pernah cuba untuk mengetengahkan perkara ini tetapi impak yang didapati tidak begitu membuahkan hasil.

“Liga-liga yang besar juga tidak ada lagi untuk menarik lebih ramai pelabur,”

5. Pernah terdetik tak Erin dan pasukan untuk pergi ke MWI.

“Ya. saya percaya dengan rakan pasukan yang baik, bukan sahaja kebolehan tetapi keserasian juga boleh memberikan kemenangan untuk kami.

“Kami akan cuba untuk menang dengan dengan sedaya upaya. This is the time,”

Squad Up Athena dianjurkan oleh IGN SEA dan disokong oleh Moonton. Kejohanan ini menyediakan dua slot Malaysia untuk menyertai Kejohanan Jemputan MLBB Wanita (MWI).

RELATED NEWS

+