Dapatkan Among Us secara percuma di Epic Game Store sehingga 3 Jun ini

Among Us tidak asing lagi untuk semua orang apabila permainan video ini tiba-tiba meletup di kalangan orang muda dan streamer serata dunia.

Permainan video yang boleh dimain seramai 10 orang ini penuh dengan saspen dan keseronokan terutama apabila bermain dengan rakan-rakan mahupun ahli keluarga.

Epic Games hari ini menawarkan Among Us secara percuma untuk semua pemain yang berminat mencuba Among Us.

Anda boleh mendapatkan Among Us percuma di laman Epic Game Store atau platform permainan video Epic di PC.

RELATED NEWS

+