Dapatkan Company of Heroes 2 Secara Percuma Untuk Masa Terhad Di Steam

Setelah Company of Heroes 2 dilancarkan pada tahun 2013, SEGA dan Relic Entertainment meraikan ulangtahun ke-5 dengan memberikan game ini secara percuma kepada pengguna PC.

Company of Heroes 2 adalah sebuah game real-time strategy (RTS) dan merupakan sekuel kepada Company of Heroes. Game ini berlatarbelakangkan Perang Dunia ke-2 dengan memberi fokus kepada peperangan di bahagian Medan Timur dari Operasi Barbarossa sehingga ke Pertempuran Berlin. 

Untuk game asal, pemain boleh juga mengawal dua tentera iaitu Soviet Red Army dan juga askar Wehrmacht Ostheer dalam mod multiplayer. Namun, terdapat banyak DLC dan kandungan tambahan seperti askar US Force dan Oberkommando West yang mempunyai kebolehan mereka tersendiri serta kempen single-player berdasarkan pertempuran bersejarah semasa Perang Dunia ke-2.

Korang boleh dapatkan Company of Heroes 2 secara percuma di Steam bermula pada 7 Disember sehingga 10 Disember 2018. Tambahan pula, semua DLC juga menerima diskaun sebanyak 75%!

RELATED NEWS

+