Dapatkan Frostpunk percuma di Epic Games Store, sebuah permainan kelangsungan hidup

Frostpunk kini boleh didapatkan secara percuma di Epic Games Store sehingga 10 Jun ini. 

Frostpunk adalah permainan kelangsungan hidup. Pemain perlu membina semula tamadun dari kepupusan manusia apabila seluruh dunia menjadi beku akibat perubahan iklim yang melampau. 

Anda perlu membina semula tempat untuk kelangsungan hidup dengan mengambil kira segala yang penting untuk hidup. Contohnya, menyesuaikan diri dengan cuasa yang teruk dan begitu sejuk yang melanda bumi.

Frostpunk juga memerlukan pemain membina bandar terakhir di dunia. Daripada bandar yang kecil, lama kelamaan peradaban akan berubah dan anda perlu adaptasikan bandar untuk terus hidup. 

RELATED NEWS

+