Dapatkan Grand Theft Auto: San Andreas Percuma Di PC Sempena Pelancaran Rockstar Games Launcher

Berita baik untuk pengguna PC. Korang bakal menambah lagi koleksi launcher untuk main game dalam PC korang!

Rockstar Games hari ini melancarkan sebuah aplikasi launcher baru mengikut tradisi seperti EA (Origin), Blizzard (Battle.net) dan Bethesda Launcher yang mana menempatkan semua game dibangunkan oleh Rockstar Games seperti siri Grand Theft Auto, Bully, Max Payne dan L.A Noire.

Pengguna boleh log masuk ke dalam Rockstar Games Launcher menggunakan akaun Social Club untuk melihat senarai game dan perkongsian cloud save. Jika korang sudah mempunyai Grand Theft Auto: San Andreas dan Max Payne 2 di Steam, korang boleh main melalui aplikasi tersebut kerana segala data save dipindahkan ke Rockstar Games Launcher.

Sempena pelancaran Rockstar Games Launcher, Grand Theft Auto: San Andreas akan diberikan secara percuma bagi mereka yang telah memuat turun launcher ini.

Lebih menarik lagi, korang boleh membeli game yang ditawarkan dan juga Shark Cash Cards menggunakan matawang Ringgit Malaysia.

Kedatangan aplikasi ini membangkitkan lagi persoalan panas, adakah Red Dead Redemption 2 bakal tiba di PC? Kami rasa tidak mustahil. Alang-alang letak sekali Red Dead Redemption 1.

Buat masa sekarang, Rockstar Games Launcher hanya tersedia untuk versi Windows sahaja.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+