Dapatkan Overcooked 2 dan Hell is Other Demons percuma di Epic Games Store

Epic Games Store kembali dengan permainan video percuma. Tetapi kali ini dengan dua permainan video percuma iaitu Overcooked! 2 dan Hell is Other Demons.

Kedua-kedua permainan video adalah percuma untuk ditebus sehingga 24 Jun ini.

Overcooked! 2 adalah sambungan untuk Overcooked! kini lebih menyeronokkan dan penuh dengan aktiviti tidak masuk akal ketika memasak. Anda boleh bermain dengan kawan-kawan anda untuk menjadikan permainan ini dua kali ganda lebih seronok!

Hell is Other Demons pula adalah permainan video bullet hell di dalam persekitaran dua dimensi. Permainan ini juga merupakan platformer yang penuh dengan aksi padat dan permainan menggunakan senjata jarak jauh.

Jangan lupa dapatkan kedua-dua permainan ini! Untuk pengetahuan semua Epic Games Store akan memberi lagi dua permainan video percuma pada minggu hadapan. Nantikan!

RELATED NEWS

+