Dapatkan The Elder Scrolls: Morrowind Secara Percuma Sempena Sambutan Ulangtahun ke-25

Untuk meraihkan 25 tahun siri The Elder Scrolls, Bethesda memberikan The Elder Scrolls 3: Morrowind secara percuma bagi platform PC.

Mengikut urutan betul, game pertama bagi francais The Elder Scrolls adalah The Elder Scrolls: Arena yang dilancarkan pada 1994. Walaubagaiamanpun, Morrowind merupakan game yang menjadi popular dalam kalangan pemain semasa dikeluarkan pada 25 Mac 2002.

Morrowind mendedahkan pemain kepada permainan berunsur dunia fantasi terbuka dan role-playing game (RPG) serta memperkenalkan pemain di pulau Vvardenfell kepada puak Dunmer terdiri daripada bangsa orang bunian berkulit gelap di rantau Tamriel. Pemain haruslah berdepan dengan Dagoth Ur yang mahu menguasai Morrowind dan berlawan dengannya untuk memastikan masa depan seluruh empayar.

Morrowind menjadi begitu popular sehingga Bethesda mengeluarkan game The Elder Scrolls seterusnya iaitu The Elder Scrolls 4: Oblivion dan The Elder Scrolls 5: Skyrim turut laris dan dimainkan sehingga masa kini.

Secara asalnya, pemberian Morrowind percuma bertahan untuk satu hari pada 25 Mac tetapi ramai pemain mengalami pelbagai masalah dengan sistem Bethesda.

Korang boleh dapatkan Morrowind secara percuma dari sekarang sehingga 31 Mac (Ahad ini) di Bethesda.net. Untuk tebus game ini, korang perlu mempunyai akses Bethesda.net dan letak kod “TES25TH-MORROWIND” untuk dimasukkan dalam akaun.

RELATED NEWS

+