Dapatkan The Sims 4 Secara Percuma Untuk PC Melalui Origin!

Tibalah masanya untuk korang latih bahasa Simlish!

The Sims 4 merupakan game simulasi kehidupan terkenal dan merupakan game ke-4 dalam siri game paling popular di dunia. Dilancarkan pada 2014, The Sims 4 dibangunkan oleh Maxis dan diterbitkan oleh Electronic Arts (EA).

Meskipun The Sims 4 sudah mencecah usia 5 tahun, game ini masih lagi ramai pemain dan selalu dinaiktarafkan oleh EA sejak dari tarikh pelancaran rasmi.

The Sims 4 kini boleh didapatkan secara percuma melalui stor EA iaitu dipanggil sebagai Origin dalam masa terhad bermula dari 22 Mei sehingga 28 Mei.

Korang perlu mempunyai akaun Origin dan dapatkan The Sims 4 secara percuma tanpa perlu melanggan kepada Origin Basic atau Premier. Perbezaan antara Origin Basic atau Premier adalah korang boleh dapat kandungan tambahan menarik.

Untuk tebus The Sims 4 tanpa sebarang kos, klik di pautan ini.

RELATED NEWS

+