Epic Games Store. Walaubagaimanapun, tawaran ini hanya ditawarkan dalam tempoh 24 jam bermula dari 9PM semalam. Ia akan berakhir pada malam ini (14 Ogos) 9PM."> Epic Games Store. Walaubagaimanapun, tawaran ini hanya ditawarkan dalam tempoh 24 jam bermula dari 9PM semalam. Ia akan berakhir pada malam ini (14 Ogos) 9PM." /> Epic Games Store. Walaubagaimanapun, tawaran ini hanya ditawarkan dalam tempoh 24 jam bermula dari 9PM semalam. Ia akan berakhir pada malam ini (14 Ogos) 9PM." />

Dapatkan Total War Saga: Troy secara percuma di Epic Games Store (24 jam sahaja!)

Total War Saga: Troy kini boleh ditebus secara percuma melalui Epic Games Store. Walaubagaimanapun, tawaran ini hanya ditawarkan dalam tempoh 24 jam bermula dari 9PM semalam. Ia akan berakhir pada malam ini (14 Ogos) 9PM.

Tidak seperti kebanyankan permainan yang diberikan secara percuma di Epic Games Store, Total War Saga: Troy ialah permainan baharu. Creative Assembly, SEGA, dan Epic Games telah bersetuju untuk melancarkan judul tersebut secara percuma.

Menurut Creative Assembly, keputusan ini diambil kerana ini adalah kali pertama mereka melancarkan sebuah judul Total War di Epic Games Store dan ia dianggap sebuah eksperimen. Oleh itu, mereka tidak mahu peminat Total War menanggung risiko kegagalan eksperimen tersebut.

Total War Saga: Troy ialah judul kedua dalam siri Total War Saga. Ia merupakan permainan yang berskala kecil berbanding kebanyakan judul utama Total War seperti Three Kingdoms dan Warhammer II.

Jika anda merupakan peminat permainan genre strategi, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan Total War Saga: Troy secara percuma. Kalau tidak, nanti ada perlu membelinya pada harga US$31.49 (RM132).

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+