Kipas susah mati Dark Souls, korang dah bersedia dengan berita mengejutkan ini? Dark Souls pertama mungkin akan dapat versi remaster tak lama lagi di semua konsol moden termasuk Nintendo Switch!
Mengikut twit daripada editor dan penulis untuk Nintendo Switch Network, Marcus Sellars, berita mengenai game itu yang akan mendapat remastered sepatutnya didedahkan pada acara besar-besaran Bandai Namco, 15 Disember ini.
Sellar pinned satu twit mengumumkan “5 game belum diumumkan akan dipamerkan ketika acara itu”
Bandai Namco will be hosting an event on December the 15th. 5 unannounced games will be shown off during the event. Nintendo will have a big presence at the event.
— Marcus Sellars (@Marcus_Sellars) November 28, 2017
Bagaimanapun, berita mengenai Dark Souls Remaster datang dalam bentuk reply dari Sellars untuk pinned twitnya yang mana dia mengesahkan salah satu game itu ialah Dark Souls Remaster. Twit itu sudah pun dibuang tapi sempat dirakam screenshot seperti yang dilihat di bawah.
Jika twit dari Sellars adalah benar, pelancaran semula Dark Souls versi remaster untuk PS4, Xbox One dan Switch adalah berita paling gembira untuk peminat francais ini yang mula main keluaran pertama pada 2011 lalu di Xbox 360, PS3 dan PC.
Keluaran pertama Dark Souls mendapat tempat istimewa dalam hati peminat sebagai satu permainan yang sukar dimainkan dan mencabar tahap kesabaran serta keupayaan pemain. Ketika ini, berita remaster hanyalah khabar angin dan korang boleh nantikan pengumuman penuh menjelang acara Bandai Namco pada 15 Disember ini.