Dark Souls menerima anugerah ‘Ultimate Game of All Time’, peminat berasa anugerahnya pelik

Anugerah Golden Joystick wujud sejak 1983 sebagai salah satu anugerah permainan video yang paling lama bertahan dalam industri. Dalam majlis julung kalinya, permainan yang dikenali sebagai Jetpac membawa pulang anugerah Game of the Year, dan judul seperti Sonic the Hedgehog, Super Mario 64, The Elder Scrolls 4: Oblivion, dan The Legend of Zelda: Breath of the Wild dianugerahkan pelbagai anugerah sejak kewujudannya.

Tetapi tahun ini agak istimewa kerana anugerah Golden Joystick Awards 2021 memperkenalkan kategori baharu dan Dark Souls dipilih sebagai pemenang.

Anugerah terbaharu dikenali sebagai ‘Ultimate Game of All Time’ atau ‘Permainan Terulung Sepanjang Masa’. 

Dalam kenyataan di Twitter, pengarah Dark Souls Hidetaka Miyazaki berkata bahawa dia ‘sangat terharu dengan anugerah itu’ . Miyazaki berkata bahawa ia sukar dipercayai bahawa peminat mengundi permainannya di kalangan semua calon.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat di FromSoftware dan Bandai Namco Entertainment, serta peminat atas sokongan berterusan mereka.

Dark Souls adalah permainan yang sangat sukar, tetapi menyelesaikan cabaran datang dengan perasaan kepuasan yang tulen. Peminat mengundi Dark Souls sebagai salah satu permainan yang paling mengecewakan pada masa lalu, sama seperti peminat kini mengundi Dark Souls sebagai Permainan Terulung Sepanjang Masa.

Ia adalah permainan yang nampaknya hanya berkembang popular dari semasa ke semasa, kerana genre Souls terus mempengaruhi industri secara keseluruhan.

Namun, anugerah ini diterima dengan pelik oleh peminat dan pengguna forum Reddit. Ini kerana judul anugerah itu tersendiri memberi implikasi bahawa tiada permainan lain yang akan menerima anugerah ini pada masa hadapan.

“Jadi tidak ada gunanya untuk menerima anugerah ini lagi tahun depan kerana itu akan menafikan keseluruhan premis anugerah ini bukan?” kata Stardraconis di Reddit.

“Ini hanyalah tajuk yang tidak bermakna,” kata Nibelungen342. “Namun, ia sangat menggembirakan untuk melihat bahawa permainan ini dihargai oleh begitu ramai peminat dan pengkritik.” ujarnya lagi.

Walau bagaimanapun, ramai pemain dan peminat setuju bahawa Dark Souls adalah sebuah permainan yang sungguh baik serta membantu mendefinasikan sebuah genre baru. Dalam kata lain, ia membantu mengembangkan industri permainan dari tahap akar umbi ke pembangun permainan sekali gus menjadikannya sebuah genre yang penting dekad ini.

RELATED NEWS

+