Dark Souls: Remastered akan hadir ke Nintendo Switch pada 19 Oktober ini seperti yang dilaporkan Bandai Namco.
Versi Switch itu pada mulanya dijadualkan untuk pelancaran bersama versi lain Dark Souls: Remastered tapi ia ditunda. Bandai Namco pun tak ada khabar berita tentang pelancaran di Switch.
Bersama-sama dengan pelancaran ini, amiibo The Solaire of Astora juga akan dilancarkan bersama. Bagaimanapun, untuk pasaran Malaysia, masih belum pasti jika ia akan turut hadir bersama.
Dark Souls: Remastered sekarang sedia dimainkan di PlayStation 4, Windows PC dan Xbox One.
Sumber: Polygon