Darth Vader dan Master Yoda akan hadir dalam Mobile Legends sebagai skin!

Acara kolaborasi Mobile Legends X Star Wars yang dinanti-nantikan akhirnya disahkan oleh Moonton dalam media sosial rasminya pada 3 Julai lepas. Kerjasama ini menampilkan dua watak paling ikonik dalam francais Star Wars, Sith Lord Darth Vader dan Jedi Master Yoda sebagai skin untuk Argus dan Cyclops.

 Ia adalah ekslusif kepada benua Asia Tenggara iaitu Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina, Singapura, Vietnam, Myanmar, Kemboja, Brunei, Laos dan Jepun.

Berdasarkan video di atas, kita dapat lihat kedua-dua skin tersebut merupakan antara skin yang terbaik pernah Moonton reka untuk permainan peranti mudah alih tersebut. Dari sudut model hero dan juga skill effect sangat memainkan peranan penting bagi menjadikan skin ini wajib kita dapatkan dengan segera untuk peminat Cyclops dan Argus.

Sebelum ini, Moonton pernah berkolabrasi dengan King of Fighters menjadikan ramai peminat teruja untuk mendapatkan kesemua koleksi skin tersebut. Kolaborasi antara Star Wars ini mungkin lebih mendapat sorakan dan pujian dari peminat Mobile Legends di serata dunia.

RELATED NEWS

+