Datamine Halo Infinite memperlihatkan selingan Scorpion Tank dan bahan-bahan lain

Previu teknikal kedua Halo Infinite baru sahaja berlangsung hujung minggu lalu, tetapi dataminer sudah menggali ke dalam permainan dan menemukan pelbagai imej yang menarik daripada sambungan kenderaan sehingga gaya Spartan, dan render Scorpion Tank.

Ditemui oleh Redditor marcopolo444, pengguna ini berkongsikan pelbagai pautan dan imej yang memperlihatkan pelbagai kandungan yang tidak ada semasa previu teknikal baru-baru ini. 

Antara yang diperlihatkan ialah sambungan helmet bersama topi Santa Claus dan beberapa imej peta yang tidak diperlihatkan semasa previu. 

Pengguna Twitter, HaloNoticiasMX, juga baru-baru ini berkongsi beberapa video memperlihatkan pelbagai jenis kenderaan. Antaranya ialah, Scorpion Tank.

Halo Infinite dijadualkan akan mengadakan ujian teknikal bermula 30 September hingga 4 Oktober ini. Menurut jadual itu, Big Team Battle akan disertakan di dalam senarai main berbilang pemain. 

Halo Infinite akan dilancarkan pada 8 Disember ini untuk platform Xbox dan PC. Komponen berbilang pemain boleh dimainkan secara percuma dan kedua kempen satu pemain dan berbilang pemain akan tersedia untuk pelanggan Xbox Game Pass. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+