Peminat dan pemain Halo Infinite baru-baru ini meluahkan rasa tidak puas hati selepas dataminer menemukan ganjaran kempen bagi mod berbilang pemain Halo Infinite tidak menawarkan sebagai set ‘unlockable armor’.
Dataminer itu menyelongkar melalui kod Halo Infinite menemukan pelbagai ganjaran dengan kualiti daripada kategori “Rare” hingga “Legendary”, namun mereka tidak menemui sebarang armor.
Hahahahaha were you guys expecting armor pieces for campaign unlocks??? Lol lmao pic.twitter.com/Z9yzJNrDoJ
— Chaz The Jackal (@ChazJackal) November 21, 2021
Hal ini sedikit sebanyak sudah menimbulkan rasa tidak puas hati dan kekecewaan pemain dan komuniti Halo Infinite, selepas mereka dikenakan harga kosmetik permainan dengan harga yang mahal.
Walaubagaimanapun, Halo Infinite masih lagi di dalam peringkat Beta, sebelum ia dilancarkan secara penuh pada 8 Disember ini. Jadi mungkin pembangun akan menambahnya kemudian.
Sumber: Dexerto