David Hayter Kembali Sebagai Suara Snake Dalam Video Tribute Metal Gear Solid

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Pejam celik pejam celik, tak sangka-sangka Metal Gear Solid sudah dilancarkan tiga dekad lalu pada tahun 1987. Untuk menyambut ulang tahun ke-31 Metal Gear Solid kali ini, David Hayter kembali melakonkan kembali watak ikonik Snake dalam video tribute Metal Gear Solid. David Hayter merupakan suara asal bagi Snake sebelum dia digantikan oleh pelakon Hollywood, Kiefer Sutherland untuk Metal Gear Solid V: Phantom Pain.

Walaupun David Hayter hanya kembali untuk beberapa minit dalam video tribute ulang tahun game paling popular di dunia ini, video ini berjaya mengubat rindu saya akan suara garau dan serak-serak basah, menjadikan dia sinonim dengan watak Solid Snake. Korang boleh lihat video di bawah:

Secara asalnya, video tribute ini dimuatnaik oleh pengarah Metal Gear Solid, Jordan Vogt-Roberts dalam satu thread panjang yang dihasilkan oleh pengarah itu sendiri di laman Twitter peribadinya bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-31 Metal Gear Solid.

Jika korang masih lagi ragu-ragu tentang status filem Metal Gear Solid, kami masih lagi tak tahu menahu tentang apa yang bakal dipersembahkan oleh Vogt-Roberts seperti yang sudah dikatakan oleh Revolver Ocelot di akhir video tribute itu. Buat masa kini, Vogt-Roberts cuma mendedahkan gambar-gambar concept art yang digunakan untuk filem Metal Gear Solid menampilkan Snake berlatarbelakangkan pelbagai landskap di laman Twitter

Apabila semuanya menjadi tanda tanya, korang tahu tak yang korang boleh bermain sebagai Quiet dalam misi-misi Metal Gear Solid V?

RELATED NEWS

+