Dead by Daylight akan bawa karakter baru daripada Silent Hill

Sebelum ini Dead by Deadlight membawakan Pyramid Head ke dalam pemainan mereka melalui Silent Hill Chapter. Kali ini, mereka akan membawa satu lagi karakter daripada francais itu ke dalam permainan mereka iaitu James Sunderland daripada Silent Hill 2.

Hal ini diumumkan melalui Twitter bersempena sambutan Halloween Dead by Deadlight semalam. Ia memperkenalkan James Sunderland sebagai watak Survivor baru di dalam permainan mereka. 

Melalui ciapan itu juga memperlihatkan rekaan set terbaru untuk Pyramid Head bersempena musim Halloween tahun ini.

Selain itu, pembangun, Behaviour Interactive juga menyatakan mereka akan mengeluarkan kandungan Stranger Things DLC daripada permainan pada November ini. Tetapi, bagi mereka yang sudah membelinya, karakter masih boleh dimainkan. 

Sumber: ComicBook.

RELATED NEWS

+