Dead Space Remake dilaporkan menyasarkan pelancaran pada musim luruh 2022

Pembangunan semula Dead Space sedang dilaksanakan oleh EA Motive dilaporkan menyasarkan untuk tarikh pelancaran pada musim luruh 2022.

Menurut laporan GamesBeat, menyatakan Dead Space mungkin dilancarkan seawal musim luruh 2022. Diumumkan secara rasmi pada bulan lalu dan perincian yang dikongsi adalah sedikit, tarikh ini adalah lebih awal berbanding yang dijangkakan peminat.

Menurut laporan GamesBeat lagi, EA menjangkakan akan melancarkan pada 2023. Walaubagaimanapun, apabila bertanyakan mengenai kenyataan ini, EA menyatakan “kami masih belum berkongsikan tarikh pelancaran permainan ini, dan kami tidak mempunyai komen mengenai khabar agin dan spekulasi ini. Tetapi kami gembira peminat teruja untuk permainan ini.”

EA mengesahkan bahawa Dead Space remake akan dilancarkan di platform PS5, Xbox Series X|S dan PC. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI. 

RELATED NEWS

+