Valve kini kembali membangunkan permainan video baharu.
Deadlock adalah permainan video shooter dengan gabungan elemen MOBA di dalamnya.
Anda akan bermain 6 lawan 6 di mana setiap pasukan akan mempunyai hero untuk mendominasi peta dan menolak mereka ke base seperti MOBA.
Terdapat empat lanes di mana anda perlu menghancurkan pertahanan musuh seperti Guardians atau Walkers termasuk berlawan dengan Troopers musuh.
Pertahanan musuh berfungsi sama seperti towers dalam mana-mana MOBA.
Troopers adalah creeps versi Deadlock yang akan datang secara berperingkat (waves).
Boleh dikatakan Deadlock adalah jawapan Valve terhadap Overwatch dari Blizzard.
Setiap perlawanan akan menjadikan hero anda menjadi lebih kuat kerana apabila anda membeli abilities dan skills banyak damage bakal dikeluarkan.
Di dalam shop, setiap efek mempunyai harga jualan masing-masing dan dibeli dengan menggunakan Souls iaitu unit matawang untuk Deadlock.
Terdapat juga jungle yang perlu anda farm dan beberapa barang yang boleh dihancurkan di dalam peta untuk menerima buff tambahan dan Souls.
Setiap hero berbeza upgrade mereka ada yang memberikan lifesteal, shielding, dan pelbagai lagi.
Dalam Deadlock, setiap heroes juga mempunyai strong dan light melee di mana anda boleh parry serangan melee musuh untuk stun mereka.
Setakat ini hanya 21 hero sahaja yang boleh dimainkan dalam Deadlock.
Masih belum ada apa-apa pengumuman mengenai tarikh pelancaran Deadlock dari Valve tetapi anda kini boleh wishlist permainan ini di Steam.