Nampaknya Hideo Kojima dan pasukannya daripada Kojima Production kini sedang membangunkan sesuatu selepas Hideo Kojima mengacah sesuatu melalui ciapannya di Twitter.
Melalui ciapannya, Hideo Kojima memperlihatkan gambar kerja sebalik tabir yang sedang dilakukannya dan peminat menjangkakan kemungkinan sekuel buat Death Stranding sedang dalam pembangunan.
Recently, I’ve been revising the plan and script, and experimenting with everything else. pic.twitter.com/aFV5SxOvsr
— HIDEO_KOJIMA (@HIDEO_KOJIMA_EN) November 24, 2021
Bahkan sebelum ini, protagonis Death Stranding sendiri, Norman Reedus yang membawa watak Sam Porter Bridges pernah menyatakan sekuel Death Stranding akan tiba. Selain dia juga menjangkakan Kojima dan PlayStation sedang mengikat suatu perjanjian untuk entri berikutnya.
Buat masa ini, Kojima masih lagi belum memperincikan sebarang perkembangan mengenai projek baharu pihak produksinya. Jika anda mengenali Hideo Kojima, dia pasti akan kongsikan sebarang perkembangan projeknya pada masa akan datang.
Sumber: ComicBook.