Deathloop Adalah Game Aksi First-Person Daripada Pembangun Siri Dishonored

Semasa di persidangan Bethesda di E3 2019, Bethesda mengumumkan Deathloop yang dibangunkan oleh Arkane Lyon iaitu studio sama yang menghasilkan siri game aksi stealth, Dishonored.

Deathloop adalah sebuah game aksi dalam perspektif kamera first-person yang mana pemain akan menemui dua pembunuh upahan di sebuah pulau tanpa kuatkuasa undang-undang dipanggil sebagai Blackreef.

Dua pembunuh upahan bernama Julianna dan Colt bertarung sengit di sebalik latar belakang penuh elemen mistik dan mereka akan memburu antara satu sama lain sehinggalah salah seorang mati.

Game ini juga memberikan pilihan bebas kepada pemain untuk mendekati dan melenyapkan musuh seperti yang diterapkan dalam Dishonored menurut Dinga Bakaba and Sebastien Mitton daripada Arkane Lyon.

Deathloop masih lagi tiada tarikh rasmi buat masa sekarang.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+