Deathloop menerima Nvidia Reflex untuk atasi masalah latency

Nvidia secara rasmi mengesahkan Deathloop versi PC akan menerima sokongan perisian Reflex.

Nvidia menyatakan Reflex akan menambahbaik pengalaman permainan satu pemain Deathloop dengan mengurangkan latency sehingga 40%.

Nvidia Reflex adalah toolkit yang akan mengukur dan mengurangkan latency. Tidak seperti DLSS, Reflex tidak memerlukan kad grafik RTX dan akan menyokong kad lama Nvidia bermula daripada siri GTX 900 dan terkini.

Nvidia Reflex dilancarkan pada tahun lalu, dan kini sudah menyokong lebih 20 permainan, antaranya Fortnite, Destiny 2, Splitgate dan Battlefield 2042 yang bakal dilancarkan. 

Sebelum ini, Deathloop versi PC menerima sedikit kritikan daripada pemain berikut isu stuttering, di mana pemain menjangkakan ianya disebabkan perisian Denuvo Anti-Piracy. Namun, Digital Foundry mendedahkan isu itu disebabkan framerate dan kawalan input tetikus. 

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+